BANTUAN TEKNIKAL

Klik pada pautan di bawah untuk lihat video berkenaan:
1.  Video ” CARA INSTALASI SISTEM PPKS “
2.  Video “CARA MEMULAKAN SISTEM PPKS”3.  Video ” CARA-CARA MENGIMPOT DATA SMM VERSI 4.0 “
4.  Video ” CARA-CARA MENYUSUN/SORTING DATA “
5.  Video ” CARA-CARA MENCETAK 1 “
6.  Video ” CARA-CARA MENCETAK 2 “
7.  Video ” MENCETAK DATA PILIHAN DALAM SATU LAYOUT YANG MENGANDUNGI PELBAGAI DATA

CARA MEMBUKA SISTEM PAJSK

CARA MENGIMPOT DARI SISTEM PPKS DALAM SISTEM PAJSK

CARA IMPOT DATA DARI APDM DALAM SISTEM PAJSK

CARA MENGISI MARKAH PENTAKSIRAN DALAM SISTEM PAJSK

CARA MENGISI DAN MENGIRA GPA CGPA DALAM SISTEM PAJSK

MEMILIH UNTUK MEMAPARKAN ANALISIS BAGI SETIAP JENIS UNIT KOKURIKULUM

33 thoughts on “BANTUAN TEKNIKAL”

  1. salam. tak tau mana silapnya. saya cuba ntuk ekspor data dari smm dengan mengikut cara yang disarankan. namun masih lagi gagal.

  2. borang M02 tak dapat paparkan semua senarai atlit. hanya boleh paparkan nama seorang atlet sahaja.

    1. Terima kasih atas soalan tuan. Sebenarnya senarai atlet tersebut ada dalam paparan senarai atlet borang M02. Untuk memaparkan paparan tersebut tuan perlu ke layout “Borang M02” dan pada layout tersebut tekan butang “Preview” dan tuan akan dapat melihat kesemua senarai atlet dipaparkan.

      Sebelum melakukan cetakan pastikan setting pada kertas sama ada “Potrait” atau “Landskap” dilakukan.

      Terima kasih
      Unexdatasys

  3. saya telah lakukan seperti yang tuan nyatakan tetapi masih tidak dapat memaparkan senarai nama semua atlet. nama-nama atlet akan dipaparkan pada page yang berlainan.

    1. Terima kasih atas respond anda. Pihak kami telah mengesan sedikit kesalahan teknikal dalam sistem tuan. Sila berikan alamt penuh sekolah tuan agar pihak kami dapat mengirimkan sistem yang telah diperbaiki.

      Tkasih
      Unexdatasys

    1. Salam, Ada 2 cara: 1. Klik pada “Penilaian” dan masukkan markah GPA tahun lepas dalam ruangan “Nyatakan markah penilaian tahun sebelumnya”. 2. Klik pada “Papar markah GPA/CGPA” dan masukkan markah GPA ikut tahun.

      Sekian, Terima kasih Unexdatasys

  4. salam, saya cuba mengimport data dari ms excel, tetapi sistem memaparkan error pada tetingkap “the file ‘<unknown' could not be found and is required to complete this operation"
    bila saya tekan butang OK, tetingkap open file akan dibuka dan saya boleh membuat pilihan fail tetapi kemudiannya, apabila saya memilih sheet excel dan menekan butang continue, tetingkap error "no fields were selected for import" akan keluar. please advise, tq

    1. Salam, paparan yang keluar seperti yang dinyatakan oleh puan
      adalah paparan biasa dan apabila buat tekan OK,puan diminta
      memilih fail berkaitan….. kenapa apabila puan pilih fail excel
      yang diimpot paparan “no fields were selected for import” dipaparkan.
      Sebabnya kemungkinan:
      1. Fail excel yang puan impot tidak mengikut format sistem.
      ( dari mana puan dapat fail excel tersebut? Adakah dari sistem kami?
      jika fail excel itu puan create sendiri tanpa mengikut format/koding
      sistem kami sememangnya paparan “no field were selected for import” akan
      dipaparkan
      2. Mungkin puan mengimpot fail excel dari sistem kami yang lain yang mana
      fail excel tersebut mempunyai koding yang berbeza dengan sistem yg puan
      sedang gunakan.

      rumusan: Impot menggunakan excel yang boleh dilakukan apabila ekspot data dari sistem yang sama
      sahaja. ( koding yang sama dengan sistem)
      Sistem tidak boleh mengimpot fail excel dari sistem lain atau fail excel yang
      tidak mempunyai koding yang sama dengan sistem yang puan gunakan.

      Harap penjelasan dapat membantu.

      unexdatasys.

  5. salam, bagaimana utk menentukan bilangan pegawai dalam borang R02/M02 kerana terdapat 10 ruang utk pegawai (terlalu ramai)

      1. Terima kasih, apa yg saya maksudkan ialah bolehkah kita mengurangkan ruangan untuk pegawai kepada hanya 3 atau 4 sahaja?

  6. Salam, kenapa nak dikurangkan? Sekiranya anda membawa 3 orang pegawai taip sahaja sehingga 3 pegawai kerana dalam borang M02/R02 hanya senarai 3 pegawai sahaja yang akan dipaparkan. Bagaimana pula sekiranya sekolah menghantar lebih dari 3 pegawai?

    Terima kasih, harap penjelasan memuaskan.

    datasys2009

    1. Salam,
      Sudahkah sekolah puan memiliki sistem ini?
      Soalan puan terlalu umum untuk saya jawab.
      Puan boleh download bahan system ini diruangan muat turun dalam website
      kami.

      Terima kasih

  7. assalamaalaikum, saya hendak mencetak surat kuasa murid, tetapi apabila surat tersebut dipaparkan, surat turun kuasa tersebut memaparkan murid yang hanya AHLI BIASA, bagaimanakah caranya untuk mencetak surat turun kuasa bagi murid yang mempunyai jawatan sahaja? saya cuba klik pada senarai AJK, tetapi maklumat murid yang dipaparkan adalah termasuk maklumat murid yang hanya AHLI BIASA..harap pihak tuan dapat membantu, terima kasih.

    1. Salam, semasa mendaftar pelajar, jawatan pelajar dimasukkan sekali. Oleh itu pendaftaran tersebut akan secara otomatik masuk dalam surat alih kuasa. Jika anda hendak mencetak surat pelajar yang berjawatan hanya pilih surat pelajar yang berjawatan sahaja. surat pelajar yang tidak berjawatan tak payah dicetak.

  8. macam mana nak pilih pelajar yang berjawatan sahaja? semasa daftar pelajar, pelajar yang tidak mempunyai jawatan saya isi sebagai AHLI BIASA, bila dan cetak, semua senarai pelajar termasuklah pelajar AHLI BIASA dicetak, macam mana nak pilih pelajar yang berjawatan sahaja? sedangkan semasa papar semua rekod, tidak ditunjukkan rekod jawatan pelajar (status area) terima kasih.

    1. SAYA DAH ISIKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI JAWATAN TETAPI SISTEM TETAPI KELUARKAN SENARAI SEMUA PELAJAR, SEDANGKAN TIDAK SEMUA PELAJAR MEMPUNYAI JAWATAN, SISTEM TIDAK KELUARKAN SENARAI PELAJAR YANG BERJAWATAN SAHAJA, HARAP DAPAT BANTU, TERIMA KASIH

      1. Salam, memang sistem akan memaparkan semua pelajar yang berjawatan dan tidak berjawatan. Untuk mencetak surat pelajar yang berjawatan sahaja anda pilih pelajar berjawatan sahaja semasa anda mencetak. Maksud saya pilih muka surat pelajar berjawatan sahaja masa mencetak.

        On Tue, Apr 9, 2013 at 3:38 PM, SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM ( MEN &

      2. Jika anda klik pada surat alih kuasa anda akan dapati semua unit akan dipaparkan termasuk rumah sukan. Jika terdapat 1 diantara unit-unit tersebut murid ada memegang jawatan maka print surat tersebut dan berikan kepada ibu bapa.. Sistem tidak mengeluarkan 1 surat untuk setiap unit. Jika pelajar tersebut langsung tidak memegang apa2 jawatan, maka surat tidak dicetak untuk pelajar tersebut.

        Terima kasih

        2013/4/10 Ibrahim Jahidin

        > Salam, memang sistem akan memaparkan semua pelajar yang berjawatan dan > tidak berjawatan. > Untuk mencetak surat pelajar yang berjawatan sahaja anda pilih pelajar > berjawatan sahaja semasa anda mencetak. Maksud saya pilih muka surat > pelajar berjawatan sahaja masa mencetak. > > > On Tue, Apr 9, 2013 at 3:38 PM, SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM ( MEN &

  9. assalam. adakah akan dikenakan bayaran tambahan untuk update sistem penilaian koku yg sedia ada ke sistem penilaian pajsk

    1. Assalam, Sistem penilaian Kokurikulum telah dimansuhkan. Penilaian Kokurikulum kini dibuat menggunakan Sistem PAJSK.
      Oleh yang demikian, pihak kami terpaksa membangunkan sistem yang baru iaitu Sistem PAJSK. Sistem PAJSK yang dibangunkan ini
      bukanlah sistem penambah baik tapi ia merupakan satu sistem yang baru. Oleh itu pihak kami mengenakan bayaran RM350.00 utuk sistem ini.
      Tetapi bagi sekolah-sekolah yang telah memiliki sistem Pengurusan Kokurikulum daripada kami sebelum ini, sistem PAJSK ini boleh
      dibeli dengan harga hanya RM250.00

      Terima Kasih
      Unexdatasys

Leave a reply to ayumi Cancel reply