SOALAN LAZIM

Ruangan ini digunakan untuk menjawab semua soalan-soalan lazim yang sering dikemukakan oleh pelanggan kami. Diharapkan semua jawapan-jawapan yang diberikan dapat memberi sedikit kefahaman kepada anda mengenai Sistem ini.

Soalan 1
Apakah dia Sistem PPKS ( Perisian Pengurusan Kokurikulum Sekolah )?

Jawapan
Sistem PPKS adalah Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah di mana sistem ini membolehkan GPK Kokurikulum dan guru-guru melaksanakan urusan-urusan seperti di bawah:

1.  Pendaftaran Pelajar dalam Kokurikulum.
2.  Laporan Kegiatan Kokurikulum/Sukan.
3.  Surat Perlantikan/Watikah Perlantikan guru-guru.
4.  Mengeluarkan Sijil-sijil kepada Pelajar.
5. Surat-Surat Makluman, Kebenaran Ibu Bapa, Pengecualian Sekolah Agama dll yang sering digunapakai dalam perlaksanaan Kegiatan Kokurikulum.

Soalan 2.

Terdapat 2 versi PPKS iaitu PPKSv1.0a dan PPKSv1.0b. Tolong dijelaskan apakah perbezaan di antara keduanya segi penggunaan dan fungsinya?

Jawapan

PPKSv1.0a adalah perisian yang digunakan khas oleh GPK Kokurikulum/Setiausaha Kokurikulum.  Perisian ini digunakan untuk tujuan penggabungan data yang diimpot dari PPKSv1.0b.

PPKSv1.0b pula adalah perisian yang dibina untuk kegunaan semua guru sama ada Guru Kelas, Guru Penasihat atau guru-guru lain.  Perisian ini boleh diperbanyakkan dan digunakan oleh semua guru di sekolah anda. Umpamanya untuk Pendaftaran Murid Kokurikulum perisian ini akan digunakan oleh Guru Kelas dan data pendaftaran boleh diekspot dan diserahkan kepada GPK Kokurikulum untuk digabungkan dalam PPKSv1.0a.

Begitu juga dengan Guru Penasihat, mereka boleh membuat laporan Kegiatan Kokurikulum/Sukan dalam PPKSv1.0b dan kemudiannya mengekspot fail untuk digabungkan oleh GPK Kokurikulum dalam PPKSv1.0a.

Fungsi PPKSv1.0a dan PPKSv1.0b terdapat beberapa kegunaan yang tidak terdapat pada salah satu sistem. Umpamanya Modul dalam PPKSv1.0a lebih kepada modul untuk kegunaan GPK Kokurikulum seperti Surat Perlantikan Guru, Memo Dalaman, Surat Makluman menghadiri Kursus/mesyuarat, Daftar surat masuk dan keluar.

Manakala fungsi PPKSv1.0b pula lebih kepada penggunaan Guru Kelas, Guru Penasihat dan guru-guru lain seperti Pendaftaran Murid Kokurikulum, Surat Alihkuasa Murid, Laporan Kegiatan Koko/Sukan, Surat Makluman, Surat Kebenaran Ibu bapa, Surat Pengecualian Sekolah Agama, Pensijilan dan penggunaan Borang M01/R01/M02/R01.

Soalan 3

Bolehkah Sistem ini mengimpot data dari Sistem Maklumat Murid Versi 4.0 (SMMV4) dan bagaimanakah caranya.

Jawapan

Ya! , Sistem ini boleh mengimpot data  dari SMM versi 4.0.  Caranya ialah mengklik butang Impot “SMMv4″ dalam perisian PPKSv1.0b dan semua maklumat akan masuk ke dalam sistem. Perlu diingat bahawa terdapat maklumat-maklumat dalam SMM yang menggunakan KOD seperti maklumat Jantina, Agama dan maklumat-maklumat kokurikulum.  Oleh itu pengguna boleh mengubah kod-kod tersebut dengan memilih maklumat-maklumat seperti yang terdapat dalam sistem ini.

Untuk penjelasan lebih terperinci, anda boleh mendapatkan penjelasan yang dibekalkan dalam CD.

Soalan 4

Bolehkah sistem ini dipasang lebih dari 1 pc dan adakah mempunyai tarikh luput?

Jawapan

Jawapannya, Ya, boleh dipasang lebih dari 1 pc dan tidak mempunyai tarikh luput.

Soalan 5

Bolehkah sekolah lain meminjam aplikasi ini daripada sekolah yang telah membelinya.

Jawapan

Jawapannya, tidak,  kerana “Nama Sekolah” dan “Kod Sekolah” telah dikunci dan tidak boleh diubah. Hasil atau output yang akan dicetak akan memaparkan nama sekolah dan kod sekolah yang empunya sistem tersebut.

Soalan 6

Bolehkah maklumat dalam sistem ini dihantar ke SMM ( Sistem Maklumat Murid)?

Jawapan

Jawapannya tidak, sebab SMM mempunyai kod-kod yang tersendiri dan tidak mahu Sistem kami (PPKS & PPAKS ) dipertanggungjawab jika berlaku kegagalan operasi atau data di SMM.

Soalan 7

Bolehkah sistem ini copy atau import nama pelajar dari Ms Excel?

Jawapan

Jawapan: Boleh, sebab fail ekspot Sistem ini adalah dalam bentuk Ms Excel. Sistem ini juga boleh menyokong jenis fail lain seperti ( .tab, .csv, .dbf ) Untuk mengimpot fail excel yang tidak mengikut format sistem ini, pengguna dikehendaki terlebih dahulu menukar tajuk pada lajur excel mengikut kod-kod yang digunakan oleh sistem kami.

Soalan 8

Bagaimana kalau berlaku serangan virus?

Jawapan
Senang, setiap kali selepas mengisi data ( tamat operasi ) simpan fail ekspot ke ‘Thumbdrive’. Jika operasi sistem terganggu kerana serangan virus, pc hilang ataupun rosak, pihak sekolah cuma perlu install semula sistem dan ambil data dari ‘thimbdrive’ dan impot semula ke dalam sistem.

Soalan 9

Bolehkah nama-nama persatuan, unit beruniform, sukan yang tidak terdapat dalam SMM dan PPKS ditambah?

Jawapan
Ya, boleh. Boleh ditambah ikut nama unit yang terdapat di sekolah. Klik ke ruangan yang berkenaan dan pilih “EDIT” dan taipkan maklumat yang perlu ditambahkan.

Soalan 10

Adakah SISTEM PPKS  dan PPAKS mempunyai khidmat selepas jualan?

Jawapan

Ya, kami ada menyediakan khidmat teknikal. Caranya ialah:                                                                

1. Hubungi melalui taian.
2. Email kepada kami.
3. Lawati Blog kami dan klin pada ruangan Bantuan Teknikal di mana kami ada menyediakan cara-cara dan kaedah-kaedah penggunaan sistem termasuk dalam bentuk paparan video.

Soalan 11

Jika cd pemasangan hilang ataupun rosak?

Jawapan

Hubungi kami melalui talian. Kami akan menghantar CD yang baru dengan Pos Ekpres tetapi anda dikenakan bayaran kiriman pos berjumlah RM10.00 sahaja.

23 comments on “SOALAN LAZIM

  1. Saya ingin membeli produk ini secara personal. Jika sistem ini telah mendaftarkan nama sekolah, bagaimana pula jika saya transfer ke sekolah lain? Adakah saya perlu beli lagi?

  2. tolong senaraikan nama2 sekolah di Kedah terutama area Sg Petani yang telah menggunakan sistem ini supaya boleh saya melihat sepintas lalu bagaimana sistem ini menjana maklumat kokurikulum.

    • Salam, Senarai sekolah seluruh Malaysia yang menggunakan sistem ini boleh tuan
      lihat dalam web kami di bahagian Pengguna PPKS dan PPAKS. Setakat ini terdapat 8 buah sekolah
      di Kedah yang menggunakan sistem ini dan hamper 200 buah sekolah seluruh Malaysia.
      Terima kasih atas minat tuan.

      Unexdatasys

    • Kebanyakkan sekolah-sekolah yang telah menggunakan sistem kami
      menggunakan manual yang disertakan dan bantuan yang diberi dari Laman Web
      kami.
      Sekiranya inginkan kursus khas, pihak kami sediakan mengadakannya dengan
      syarat pihak tuan mengumpulkan 15 buah sekolah untuk diberi kursus.

    • Salam, boleh…. tuan hanya perlu mengedit logo sekolah tuan untuk
      ditukarkan kepada hitam putih. kemudian klik mouse kanan pada lencana sedia
      ada dan insert picture lencana hitam putih yg tuan telah edit.

      Terima kasih.

  3. Salam, nakbertanya, sistem ini adakah link dengan system PAJSK(LPM) mulai tahun ini 2014
    Terima kasih. Mohon pencerahan

    • Salam, Sistem ini hanya untuk penilaian 10% KPM.
      PAJSK adalah sistem LPM. Sistem ini masih baru diperkenalkan.
      Saya belum linkkan sebab khuatir akan ada perubahan-perubahan lain.
      Insyaallah jika sistem PAJSK telah stabil akan diusahakan untuk
      dilinkkan.

      Terima kasih

  4. Tuan, Saya dah beli Sistem ini cuma saya nak pasti ada tak update untuk sistem ini sebab ada beberapa perubahan pada sistem pemarkahan PAJSK sekarang.

    • Pada sistem ppksv1.0b …isikan Borang M02/R02 dibahagian Pendaftaran Pasukan.
      Lengkapkan Malumat Pegawai 1 -10 (hanya bil yang berkenaan )
      Pada jawatan…pilih Pengurus pasukan.

      Terima kasih …Harap membantu

  5. Sekolah saya ada menggunakan sistem ini. Saya cuba login pada fail PPKSV1.0A tetapi sistem mengatakan error ‘The account name and password does not match those for any FileMaker account’

    • Salam, selalunya keaddan ini berlaku sama ada tuan/puan salah mengisi “Account Name atau Login Password”.
      Puan boleh rujuk dalam folder sistem dalam Fail “Login Password”. Ada dinyatakan “Accont Name” & “Login Password”
      baagi setiap sistem.
      sekian,Terima kasih
      Unexdatasys

  6. Selamat pagi, adakah sistem ini dah kemaskini ikut pentaksiran PAJSK yang terkini TAHUN 2016?
    Cadangan;BOLEH RUJUK BORANG ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM UNTUK HASILKAN LAGI SISTEM YANG MEMBANTU.
    TERIMA KASIH.

    • Sistem PAJSK yg dibangunkan sememangnya mengikut format KPM terkini 2016 seperti yang terdapat pada Laman sesawang BKK KPM.
      Terdapat beberapa borang2 baru seperti Borang Maklumat Murid,Borang Maklumat Tambahan,Borang Penglibatan dan Borang pencapain.
      Terdapat juga beberapa perubahan dalam skema pemarkahan.

      Mengenai cadangan tuan untuk membuat penambahan mengenai BORANG ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKOKURIKULUM akan dieprtimbangkan.
      Terima kasih di atas cadangan tuan.

      Unexdatasys

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s