ANTARAMUKA PPKS

 Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah 

MUKA UTAMA Sistem ini perlu dilengkapkan terlebih dahulu sebelum pengguna boleh menggunakan sistem ini.

Klik “Masuk untuk terus menggunakan dan klik “Keluar” untuk keluar dari sistem.

 MENU UTAMA sistem membolehkan
 pengguna membuat MODUL pilihan seperti:

1.  Pendaftaran Murid Kokurikulum
2. Laporan Kegiatan Koko dan Sukan.
3. Surat Perlantikan Guru Koko
4. Surat Alih Kuasa Murid.
5. Memo Dalaman
6. Makluman Mesyuarat/Kursus/Taklimat.
7.  Sistem Pensijilan.
8. Borang M01/R01/M02/R02
9. Daftar Surat Masuk dan Keluar dll
 
 Antara muka ini digunakan untuk melakukan Pendaftaran Pelajar Kokurikulum dalam 3 unit utama bidang kokurikulum termasuk jawatan yang disandang.

Output yang akan diperolehi termasuk:

1.  Senarai daftar Murid koko dengan analisis.
2.  Senarai daftar mengikut bidang-bidang koko
3.  Slip pendaftaran Murid.
4.  kad Pendaftaran Murid
5.  Senarai Jawatan Murid
6.  Sijil Penghargaan Murid

 

 

Antaramuka Laporan Kegiatan Koko/Sukan adalah merupakan perisian yang membolehkan guru-guru pasukan sekolah membuat laporan ringkas tetapi lengkap mengenai kejohanan yang disertai. Sistem ini juga dilengkapi dengan Sijil-Sijil Penyertaan, Penghargaan dan Pemenang yang boleh dicetak terus setelah maklumat peserta dimasukkan ke dalam sistem ini.

Output diperolehi adalah seperti:

1.  Laporan kegiatan Koko/Sukan
2.  Senarai peserta yang mengambil bahagian.
3.  Laporan Pencapaian sepanjang tahun. ( Setelah proses pengabungan )
4.  Sijil dan senarai semak pemberian sijil-sijil.

Antaramuka ini memboleh GPK Kokurikulum mengeluarkan dan mencetak:

1.  Surat Perlantikan Guru kokurikulum.
2.  Watikah Perlantikan Guru ( Ketua/Penyelaras/AJK Pembangunan Sukan Sekolah
3.  Sijil Anugerah Kecemerlangan Guru dalam Kokurikulum.
4.  Senarai Lantikan Guru Kokurikulum.

Antaramuka SURAT ALIH KUASA MURID bertujuan untuk mencetak Surat Alih Kuasa bagi memaklumkan kepada Ibu bapa/Penjaga tentang perlantikan anak mereka dalam AJK unit-unit kokurikulum di sekolah.

Pelajar yang dilantik memegang sebarang jawatan dalam kegiatan Kokurikulum perlu dimaklumkan dan mendapat persetujuan ibu bapa/Penjaga bagi mengelakkan berlaku kontroversi antara ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah.

Antaramuka MEMO DALAMAN berupaya mengeluarkan mencetak Memo oleh GPK Kokurikulum untuk tujuan Panggilan Mesyuarat, Arahan atau makluman yang perlu disampaikan kepada guru.

Memo yang dikeluarkan akan direkod dan satu senarai rekod memo-memo yang dikeluarkan bole dicetak.

Memo juga boleh dicetak dan disimpan dan fail sebagai rekod.

Paparan ini membolehkan GPK Kokurikulum mengeluarkan Surat Makluman kepada guru yang dikehendaki menghadiri Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Seminar.

Terdapat seperti Minit Curai bagi membolehkan guru yang bermesyuarat/Kursus/Seminar/Taklimat mencatat perkara-perkara penting dan merekod bahan-bahan yang diterima semasa Mesyuarat/Kursus/taklimat/Seminar.

GPK kokurikulum juga boleh mencetak Senarai Pergerakan Guru dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun tersebut.

Paparan DAFTAR SURAT MASUK DAN KELUAR membolehkan GPK Kokurikulum merekod semua surat-surat kokurikulum yang di minitkan kepadanya.

Satu senarai akan memaparkan semua maklumat mengenai surat-surat yang diterima bagi tempoh tahun tersebut. Senarai ini boleh dicetak dan menjadi rujukan.

Paparan ini juga membolehkan Pencarian Surat atau “Search” surat-surat terdahulu dan membolehkan GPK mengetahui dalam fail manakah surat tersebut disimpan.

ScreenShot051

Kad Daftar Kokurikulum pelajar dihasilkan setelah data pendaftaran pelajar lengkap. Kad boleh dicetak dan laminate ( 10 kpg dalam satu kertas A4 ). Terdapat 8 pilihan Kad Daftar Kokurikulum Pelajar yang boleh dipilih. Kad boleh digunakan sebagai pengenalan kepada murid-murid yang mendaftar dalam bidang-bidang tertentu dalam kokurikulum di sekolah. Kad boleh juga digunakan sebagai identiti pelajar semasa membeli pakaian rumah sukan atau mewakili rumah dalam kejohanan Padang dan Balapan atau pertandingan antara rumah sukan.

ScreenShot052

WATIKAH PELANTIKAN JK TERTINGGI KOKURIKULUM

Sistem ini juga membolehkan GPK kokurikulum menyediakan Surat Pelantikan Guru dan Watikah Pelantikan Guru dengan mudah.

Surat dan Watikah Pelantikan boleh terus dicetak dan diedarkan. Sistem ini juga berupaya mengimpot data untuk kegunaan pada tahun berikutnya.

SURAT ALIH KUASA PELAJAR

Surat Alih Kuasa Jawatan Pelajar juga boleh dicetak dari sistem ini setelah Pendaftaran Pelajar dan Jawatan Pelajar dilengkapkan.Surat yang telah dicetak melalui sistem ini kemudian boleh diedarkan kepada pihak ibu bapa atau penjaga untuk memaklumkan mengenai pelantikan jawatan anak mereka dalam unit-unit kokurikulum di sekolah.

Apabila Surat Pelantikan Guru Kokurikulum diedarkan, sistem akan menyimpan Senarai Tugas Guru Kokurikulum.  Senarai ini kemudian boleh dicetak dan dibukukan untuk rujukan.

Sistem ini juga berupaya mengeluarkan MEMO KOKURIKULUM . GPK kokurikulum hanya perlu ke ruangan Memo Dalaman dan mengisi semua butiran dan isi memo yang hendak dikeluarkan.
Sistem kemudian akan memaparkan MEMO seperti gambar rajah dan boleh dicetak untuk disampaikan kepada individu atau kumpulan.
Sistem juga akan menyimpan dan memaparkan senarai MEMO yang telah dikeluarkan sepanjang tahun berkenaan.

ScreenShot056bbbbScreenShot057

Borang M01/R01 dan M02/R02 juga boleh dicetak untuk kegunaan dalam Pendaftaran pasukan dan Peserta di kejohanan Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

3 comments on “ANTARAMUKA PPKS

  1. salam, adakah sistem ini sudah mula diaplikasi di sekolah? nampak sangat inovatif..tp perlukan sokongan kepakaran yang tinggi..

    • Assalam, Sistem ini sudah digunakan di kebanyakan sekolah Rendah dan Menengah
      di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sejak tahun 2010.
      Alhamdulillah…MRSM, Sekolah Kluster Cemerlang, Sekolah Prestasi Tinggi malah
      Pusat Permata Pintar Negara turut menggunakan sistem ini.
      Mudah-mudahan sistem ini dapat meringankan beban tugas guru dalam melaksanakan
      urusan kokurikulum di sekolah.

      Terima kasih…Unexdatasys

  2. Selamat Pagi,.. Laporan kegiatan pertandingan koku/sukan boleh tambah ruangan untuk letak gambar foto pertandingan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s