PAJSK

Sistem/Aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum ( PAJSK ) adalah sistem yang dibangunkan khas untuk membantu Guru-Guru khususnya Penolong Kanan Kokurikulum menjalankan Pentaksiran PAJSK dengan lebih mudah dan efisen mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aplikasi ini dibangun mengikut format terkini PAJSK yang diselaraskan oleh Bahagian BKK Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Aplikasi ini pengguna boleh melaksanakan fungsian seperti berikut:

1.  Mengimpot maklumat pelajar dari Aplikasi PPKS.

2.  Mencetak Borang-Borang PAJSK seperti Borang Lampiran B ( Kehadiran ), Borang Lampiran C ( Borang Rumusan Pentaksiran), Borang Lampiran D ( Borang Rumusan Ekstra Kurikulum )

3.  Mencetak Kad Kehadiran dan Kad Rumusan Pentaksiran Lampiran C dan D.

4.  Mencetak Sijil Pelaporan Pentaksiran mengikut Unit.

5.  Mencetak Sijil Keseluruhan Pelaporan PAJSK

6.  Mencetak Analisis Pencapaian murid mengikut unit-unit dan keseluruhan.

7.  Mencetak Pelaporan Gred Purata dan Peratus Gred Purata mengikut unit.

8.  Mencetak Pelaporan Gred Purata dan Peratus Gred Purata keseluruhan.

 

 



ScreenShot316
ScreenShot317

53 thoughts on “PAJSK”

    1. Assalam, kalau sekolah tuan pernah menggunakan sistem kami, harga Sistem PAJSK hanya RM250.00
      tapi kalau tak pernah guna sistem kami harganya RM350.00.

      Terima kasih

      Unexdatasys

  1. Sklh sy belum menggunakan sistem ini. Boleh ke sistem ini import nama dari APDM ( aplikasi pengkalan data murid ) atau exell memandangkan jumlah murid yang ramai.

    1. Assalam, sistem ini boleh mengimpot data dari APDM atau MS Excel.
      Panduan cara mengimpot akan diberikan. Cuma dalam APDM maklumat Kokurikulum
      tidak boleh diperolehi.

      Terima kasih

      Unexdatasys

    1. Sistem PAJSK yang saya bangunkan tidak termasuk ujian segak kerana segak adalah di bawah
      pengurusan panitia PJPK bukannya di bawah Pengurusan Kokurikulum.

      Terima kasih

      1. Oii….SEGAK dalam PAJSK la. Yg jalankan segak ialah kurikulum. Yg keyin data ialah koko. Sbb itu segak mesti ada sekali dalam data PAJSK. Ngok betol ko ni

      2. Assalam mualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Segak mmg dalam pajsk tetapi hanya berbentuk pelaporan sahaja. Ia tidak termasuk dalam
        pengiraan markah kokurikulum. Pelaksanaan segak diuruskan oleh panitia PJPK dan yang key-in data segak ialah Guru2 PJ.
        Terima kasih tuan.

    1. Sistem ini adalah sistem offline dan ia dibangunkan untuk memudahkan pengurusan data dan maklumat kokurikulum.
      Terpulang kepada pihak sekolah mahu menggunakan atau tidak. Tiada paksaan atau arahan wajib menggunakan.
      Terima kasih.

    2. Sistem ini adalah sistem offline dan ia dibangunkan untuk memudahkan pengurusan data dan maklumat kokurikulum.
      Terpulang kepada pihak sekolah mahu menggunakan atau tidak. Tiada paksaan atau arahan wajib menggunakan.
      Terima kasih.

  2. Sijil PAJSK saya hilang, ada cara lain ke untuk ‘mengembalikan’ sijil atau cara lain sebab guru kelas mahu sijil PAJSk untuk SPM 2016 untuk di key-in

    1. As salam, boleh tuan….banyak Sekolah Rendah seluruh Malaysia menggunakan sistem ini termasuk sekolah
      Kluster cemerlang dan Sekolah Prestasi Tinggi.Rujuk senarai “Pengguna Sistem” dalam blog ini.

      Terima kasih

      Unexdatasys

  3. tk..boleh dijadikan panduan dalam pengurusan khasnya bagi calon UPSR…yang turut dinilai dalam bidang kokurikulum

    1. Sistem apa yang tuan gunakan? Kalau sistem PAJSK….saya upgradekan secara percuma…tp
      kalau sistem PPKS upgrade RM100.00.

      Sila hubungi saya ditalian 0187821003 atau 0197533382 untuk keterangan lanjut.

      Terima kasih

  4. Assalam dan selamat sejahtera. Aplikasi PAJSK saya berminat untuk membelinya. Tapi maklumat dalam borang PAJSK daripada KPM selalu sangat berubah. Nanti aplikasi ini sekejap sahaja releven. Apakah kaedah yang diguna pakai mengatasi masalah tersebut agar tidak merugikan pengguna. Terima kasih

    1. Assalam, terima kasih di atas pandangan tuan. Untuk pengetahuan tuan borang2 ini tekah beubah 3 kali.
      Pihak kami akan senantiasa mengikuti perubahan ini dan akan mengemaskini sistem dari masa ke semasa.
      Sekiranya perubahan yang berlaku itu hanya melibatkan perubahan kecil pihak kami akan menghantar sistem
      yang teah dikemaskini melalui email pengguna dan pengguna hanya perlu mengekspot data dari sistem lama ke sistem
      yang baru.

      Terima kasih

      unexdatasys

  5. assalam admin…baru terjumpa sistem ini..bagus…nak tanye markah cgpa tahun sebelum nya,adakah boleh di forward /dikira untuk gpa tahun semasa

    1. Assalam, untuk sekolah rendah markah 3 tahun boleh dimasukkan untuk cari CGPA untu 3 tahun. Sekolah menengah boleh
      gabung markah tg 1-3 untu cari cgpa untuk pt3 dan markah pt3 dengan tg4 & 5 untuk cgpa 5 tahun. Disamping itu sistem juga boleh
      mengira secara auto gred purata dan % gred purata secara keseluruhan dan mengikut unit.

      Terima kasih

      Unexdatasys

  6. asslm admin….saya nk login gunakan modul guru penolong kanan…tidak boleh….dikatakan modul ni ditutup. bhg sek ren, terima kasih

    1. Sistem kami memang boleh di linkkan ke laman Web KPM seperti Laman Web Markah 10% yang telah dimansuhkan
      tetapi Laman Web KPM untuk PAJSK ini tidak disediakan link untuk mengimpot data.

      Terima kasih

    1. Assalamualaikum….memang ada sedikit perubahan dalam sistem Pemngurusan Kokurikulum dan Sistem PAJSK.
      Kalau tuan nak upgrade pun boleh…cuma perlu bayar RM100 sahaja.

      Terima kasih

      Unexdatasys

  7. haii , sy ada pertanyaan. sijil kokurikulum kwn sy hilang . ada cara lainkah yg boleh dilakukan utk mngmblikan sijil tu ? & musim kmi , belum ada penggunaan pajsk ni.

  8. As salam
    Bolehkan sistem ini menganalisis bilangan setiap kelapersatuan unit beruniform mengikut kaum?

    1. Assalam…boleh puan. Sistem boleh membuat analisis mengikut unit, kaum, jantina. Sistem juga boleh mengira Gred purata Sekolah (GPS) dan % GPS mengikut unit dan secara keseluruhan.

      Terima kasih.

      Unexdatasys

  9. salam tuan, macam mana saya nak dapatkan sistem ni? kami dari maahad swasta dan menjalankan pembelajaran akademik serta koko, jadi pelajar yang ingin sambung pelajaran ke sekolah arus perdana perlukan maklumat koko seperti….

  10. Hajat hati nak beli tapi banyak persoalan bermain dalam kepala, takut kena buat kerja dua kali… key in data dalam system, cetak dan salin pulak dalam online PAJSK

    1. Assalam….terima kasih atas komen tuan…..mmg benar apa yg tuan maksudkan itu kena key-in 2 kali. Sistem yang saya bangunkan ini mmg sama inputnya dengan sistem online KPM cuma output sistem kami lebih terperinci drp sistem online umpamanya: 1. Data mentah boleh disimpan dalam sistem dan boleh dicapai pada bila2 masa. 2. Analisis keputusan lebih terperinci dimana tuan boleh mengetahui analisis mengikut kelas, mengikut unit2 kokurikulum tertentu dan terdapat juga pengiraan GPS dan % GPS yg terperinci. 3. boleh cetak sijil mengikut unit2 kokurikulum dan keseluruhan. 4. Perincian senarai markah keseluruhan di mana guru kelas tidak perlu merujuk buku pentaksiran semasa mengisi markah online, guru kelas hanya perlu merujuk 2 helaian perincian markah untuk mengisi secara online. Selain itu dengan menggunakan sistem ini pihak sekolah boleh mengetahui keputusan PaJSK sekolah lebih awal dan boleh mencetak sijil keputusan untuk diberikan kpd ibu bapa untuk pengesahan dan bantahan sebelum markah akhir di key-in dalam sistem online….ini dapat mengelakkan sebarang bantahan ibu bapa setelah markah di key-in secara online. Apa2 pun pihak kami tidak memaksa pihak sekolah menggunakan sistem ini…kami hanya berusaha mempermudahkan urusan pelaksanaan PAJSK di peringkat sekolah.

      Sekian, terima kasih

      Unexdatasys

  11. Tuan ,
    Masih valid lagi tak apps ini . Dapat import data dari apdm tak ? Update ikut sistem pajsk terkini ? Berapa harga utk apps ini ya ?

  12. Salam Tuan,
    Macam mana cara bila kita tukar kelas murid itu, nama itu terus auto pergi ikut kelas itu. Sebab murid akan berubah kelas setiap tahun kan. Aplikasi ni semua org boleh tengok acceew maklumat tak?

Leave a reply to fadz Cancel reply