PRODUK

 

CARA-CARA MEMBUAT PESANAN:

Sila hantarkan perkara-perkara berikut ke email kami: datasys2009@gmail.com.

1.  Lencana Sekolah ( Format Jpeg, Bmp atau Png )

2.  Alamat Penuh Sekolah.

3.  Kod Sekolah

4.  No.telefon dan Faks Sekolah

Kami akan mengirimkan Perisian yang di pesan melalui Pos Ekspress dalam tempoh 3 hari bekerja. Invois/Resit akan disertakan sekali.

CARA-CARA MEMBUAT PEMBAYARAN:

TUNAI

 Bagi sekolah yang membayar tunai, pembayaran boleh dilakukan dengan mendeposit tunai

ke Akaun Maybank No:101011260514 (Ibrahim Bin Jahidin) atau memindahkan tunai melalui transaksi online

 Sistem akan dihantar melalui email dan boleh terus digunakan.

CD pendua, dan resit pembayaran akan di poskan dengan Pos Ekspres.

CEK

 Bagi sekolah yang membayar melalui Cek, Invois akan dikirimkan bersama pesanan.Katalaluan atau “Password” sistem akan dikirimkan melalui email atau sms sebaik sahaja pembayaran diterima.

Bagi Sekolah yang telah mempunyai PPKS & PPAKS versi lama dan ingin “UPGRADE” pada versi terbaru anda hanya perlu:

Menjelaskan Bayaran RM100.00 shj dan Kos Pembayaran Pos Percuma.  Kami akan menghantar versi terbaru ke sekolah anda.

69 thoughts on “PRODUK”

  1. Sekolah kami baru saja membeli software in Disember 2009. Bayaran upgrade sebanyak RM100 agak mahalbagi pembeli baru seperti sekolah kami kerana kami belum sempat menggunakan software ini tetapi ia sudah kurang praktikal setelah data HEM versi 4 dipakaiguna tahun ini.

    1. Kehadiran smm versi 4.0 adalah diluar jangkaan kami. Lagipun smm versi 4.0 mengandungi kod-kod yang berbeza dengan smm versi 3.0. Oleh yang demikian kami terpaksa merombak keseluruhan sistem kami bagi menyesuaikan dengan smm versi 4.0. Kini sistem kami mampu mengimpot data dari smm versi 4.0

      Pengguna lama sistem kami sebenarnya boleh mengimpot data ekspot ke sistem baru kami dengan mengubah kod-kod pada fail impot excel. Pihak kami boleh membantu.

      Mengenai harga bagi kami RM100 adalah amat berpatutan memandangkan dalam versi baru kami bukan sahaja boleh menggunakan versi smm 4.0 malah kami telah menambah beberapa input baru seperti:

      1. Analisis pendaftaran koko mengikut jantina dan kaum.
      2. Analisis markah 10% koko mengikut Gred A,B,C,D dan E
      3. Sijil Markah Koko GPA/CGPA Individu mengikut tahun
      3. Daftar surat-surat masuk dan keluar.
      4. Sistem Borang M01/R01 dan M02/R02

      Tkasih

      Unexdatasys

  2. Saya adalah seorang GPK Kokom Sek Ren di Sandakan, Sabah. Saya amat berminat dengan perisian pengurusan kokurikulum sekolah yang pihak tuan bangunkan itu. Namun memandangkan sekolah kami kecil dan peruntukan pun agak kecil, maka agak susah juga bagi kami untukmembuat tempahan perisian berkenaan meskipun ianya amat berguna kepada pengurusan kokom di sekolah. Adakah pihak tuan dapat memberikan harga promosi kepada kami agar kami dapat mempromosikan juga perisian berkenaan kepada sekolah lain di daerah ini dan negeri.

    1. Sistem ini boleh digunakan sama ada pada platform Windows atau Mac. Oleh kerana ramai yang mahu menggunakannya pada persekitaran Windows maka ia dibina pada Platform tersebut. Ia boleh juga diubah kepada platform Mac atas permintaan.

  3. Sekolah saya sudah mempunyai sistem pengurusan kokurikulum tetapi tidak selengkap yang sistem anda. Bolehkah saya membeli perisian ini untuk keperluan peribadi?

    1. Terima Kasih atas penghargaan anda. Anda boleh memiliki sistem ini untuk keperluan anda kerana sistem ini dilengkapi dengan katalaluan yang membolehkan anda menggunakannya.
      Harga seperti yang tertera pada laman ini. Terima Kasih

  4. salam….sya GPK Kokum yang baru dilantik. Saya amat tertarik dengan sistem ini tetapi ada beberapa kemuskilan yang perlu penjelasan dari pihak tuan, iaitu
    1) Perisian ini ada menggunakan “password” atau katalaluan..so adakah penggunaan katalaluan ini hanya untuk sebuah komputer saja atau boleh juga digunakan di beberapa komputer yang lain?
    2) Adakah data yang telah dimasukkan ke dalam sistem boleh digunakan untuk beberapa tahun yang akan datang?
    3) sekiranya data pelajar tingkatan 5 tahun ini telah dimasukkan dalam sistem, bagaimana pula dengan data-data pelajar tersebut semasa di tingkatan 1,2,3 dan 4..adakah perlu dimasukkan dahulu data-data tersebut atau tak perlu untuk mendapatkan markah 10% tahun ini?
    4) Adakah perisian ini mempunyai tarikh@tahun luput penggunaannya?

    1. Terima kasih kerana berminat terhadap sistem kami.
      1. Sistem ini boleh digunakan oleh semua guru dan pada seberapa banyak komputer.
      2. Ya, data boleh di backup untuk digunakan pada tahun-tahun akan datang.
      3. Apabila anda memasukkan markah pelajar tingkatan 5, data markah ting 1,2,3 dan 4
      hanya perlu dimasukkan markah GPA dan sistem akan secara otomatik mengira markah
      CGPA untuk 5 tahun dan tuan boleh terus upload markah 10% ke laman KPM.
      Analisis gred termasuk Gred Purata sekolah dan peratus Gred purata sekolah turut
      dipaparkan.
      4. Tiada tarikh luput.
      Harap telah menjawab semua persoalan tuan, Terima kasih

    1. Salam, Manual penggunaan ada dalam CD yang dibekalkan. Disamping itu, anda juga boleh download cara-cara guna dari laman web kami diruangan “Murat Turun” atau menonton video diruangan “Bantuan Teknikal. Terima kasih

  5. salam sejahtera….saya nak bertanya…
    1. Adakah persatuan/kelab/unit beruniform/sukan permainan boleh di tambah sekiranya jenis persatuan tersebut tidak terdapat di dalam sistem ini dan bagaimanakah caranya hendak menambah nama persatuan tersebut?
    2. Adakah data dalam smm iaitu jenis kaum yang terdapat dalam perisian boleh di tambah seperti jenis kaum yang terdapat di negeri sabah dan sarawak…ini kerana data untuk kaum hanya untuk melayu, india, cina dan lain-lain sahaja yang terdapat dalam sistem ini.
    3. Bagaimanakah pengurusan, penilaian markah Kokum dan pemantauan untuk pelajar tingkatan 6? bolehkah sistem menguruskan dan sama seperti pelajar yang lain (Ting 1 -5)?

  6. salam sejahtera…saya nak bertanya
    1. saya ni GPKK dah tua sekolah rendah,boleh tak saya menggunakan sistem ini?
    2. adakah kemungkinan sistem ini akan berubah dari masa kesemasa?

    1. Salam, saya pun dah tua….lagi 2 tahun nak pencen. Insyaallah jika ada
      kemahuan dan keyakinan pasti boleh.
      Sistem ini akan sentiasa dikemaskini mengikut kehendak KPM…insyaallah

  7. Asmlkm. Melihat kepada sistem perisian tuan yang banyak memudahkan proses pengurusan kokurikulum, sekolah saya berminat membeli sistem tersebut. Jika tak keberatan tolong hantar sebutharga dan cara pembelian.Ini email saya tq : slmnae@yahoo.com.my

    1. * sebutharga boleh di download daripada web:www.ppaks.wordpress.com
      Cara untuk membuat pembelian ialah dengan 2 cara sama ada:
      1. Tunai ( Online banking ) – deposit tunai ke dalam Ak maybank no: 101011260514 (Ibrahim Jahidin)
      Sistem akan diposkan dengan Pos Ekspress bersama “katalaluan” dan resit.
      2. LO – jika dengan LO, cek atas nama “Unexdatasys”.
      Sistem akan diposkan dengan pos Ekspres tetapi “katalaluan” hanya akan diberikan
      setelah pihak kami menerima cek dari sekolah tuan/puan.
      Cara membuat tempahan.
      Sila hantarkan maklumat di bawah ke email: datasys2009@gmail.com.
      1. lencana sekolah (warna) – dalam format jpeg/png
      2. Alamat penuh sekolah.
      3. Kod Sekolah
      4. Tel/Faks.
      Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian:0197533382
      Terima kasih

    1. Salam, Benar tuan. Sistem ini memang 3 dalam 1 di mana di dalamnya
      terdapat sistem pengurusan (PPKS) system penilaian 10% (PPAKS) dan
      sistem pemantauan (SPUKS). Kesemuanya hanya dengan RM499.00
      Untuk tempahan hantarkan Lencana sekolah, Nama & Alamat Sekolah, Kod
      Sekolah dan tel/Fals sekolah. Bayaran boleh dengan LO atau online Banking.
      Sistem akan dihantar via Pos Ekspres dan boleh juga didownload dari internet.

      Terima kasih atas keperihatinan tuan.

      unexdatasys

  8. salam.saya berminat dengan sistem ini.adakah software trial untuk sistem ini sebagai percubaan.saya gpk kokurikulum di sekolah rendah.Adakah sistem ini sesuai digunakan untuk peringkat sekolah rendah.Penilaian kokum di sekolah rendah bermula Tahun 4 hingga 6.

    1. Tiada sistem percubaan. Sistem ini telah digunakan oleh lebih 200 buah
      sekolah termasuk sekolah-sekolah MRSM,SBP, Sekolah Kluster dan SBT.
      Sistem mengikut format KPM termasuk untuk penilaian 10% Kokurikulum.

      Terima kasih

      Unexdatasys

  9. Salam sejahtera! Adakah sistem ini mempunyai Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bagi murid Tahun 4?

  10. Salam.
    Boleh tak guna sistem ini untuk markah koko pelajar Tingkatan 6???
    Markah koko T6 diambil selama tiga tahun sahaja iaitu tingkatan 5, 6R dan 6A.

    1. Hello, tiada perubahan sistem untuk tahun 2015. Sistem 2014 masih relevan untuk digunakan
      bagi tahun 2015. Untuk tahun 2015, kami menawarkan Sistem PAJSK. Sistem ini dijual secara
      berasingan dari Sistem Pengurusan Kokurikulum.

      Sekian, terima kasih

  11. Salam. ingin bertanya, sekiranya maklumat murid tahun 1 telah di isi dengan lengkap . Jadi, untuk tahun hadapan maklumat tahun 1 yang akan berpindah akan tahun 2 boleh dinaikkan secara manual. Atau data murid perlu ditaip secara manual tiap2 tahun.

    1. Assalam…untuk mengemaskini data tahun 1 yang naik ke tahun 2, apa yang perlu dibuat hanyalah mengedit data tahun 1 dlm bentuk
      excel yg telah diekspot. tuan hanya perlu ubah tahun & kelas, delete mana2 pelajar yg berpindah dan masukkan maklumat
      pelajar yg masuk kel kelas tersebut. Kemudian tuan hanya perlu mengimpot data ke dalam sistem

      Terima kasih

  12. terhingin rasa dihati utk memliki sistem ini…tapi apakan daya harganya saya tak tercapai…al maklum sekolah kecil peruntukannya juga kecil

    1. Assalamualaikum…terima kasih kerana berminat dengan sistem ini.Sebenarnya saya telah cuba membantu pihak tuan
      mendapatkan dana untuk membeli sistem ini kerana dalam sistem ini tuan boleh mencetak Kad ID Kokurikulum pelajar.
      Kad ini biasanya dijual RM1.00. Jika jumlah pelajar tuan 500 org maka..tuan boleh mengumpul dana sebanyak RM500.

Leave a reply to DATASYS2009 Cancel reply