RSS

PRODUK

sistem koko 2014

Photo menunjukkan Sistem PPKS dan PPAKS versi kami yang terbaru.

*  Versi terbaru ini boleh mengimpot data dari SMM Versi 4.0.

*  Versi ini juga mengandungi analisis Kaum & Jantina bagi Pendaftaran Murid Kokurikulum.

*  Terdapat juga analisis mengikut GRED dalam Sistem PPAKS ( Penilaian 10% markah Koko )

*  Boleh mencetak Sijil GPA dan CGPA mengikut tahun dan sijil boleh diberikan kepada pelajar yang berpindah ke sekolah lain.

*  Berupaya mengira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Gred Purata Sekolah mengikut unit-unit dan secara keseluruhan.

*  Markah Kokurikulum boleh diekspot terus ke Sistem Markah 10% KPM secara online.

*  Lain-lain fungsi terbaru.

CARA-CARA MEMBUAT PESANAN:

Sila hantarkan perkara-perkara berikut ke email kami: datasys2009@gmail.com.

1.  Lencana Sekolah ( Format Jpeg, Bmp atau Png )

2.  Alamat Penuh Sekolah.

3.  Kod Sekolah

4.  No.telefon dan Faks Sekolah

Kami akan mengirimkan Perisian yang di pesan melalui Pos Ekspress dalam tempoh 3 hari bekerja. Invois/Resit akan disertakan sekali.

CARA-CARA MEMBUAT PEMBAYARAN:

TUNAI

 Bagi sekolah yang membayar tunai, pembayaran boleh dilakukan dengan mendeposit tunai

ke Akaun Maybank No:101011260514 atau memindahkan tunai melalui transaksi online

 Resit akan dikirimkan bersama Sistem apabila pembayaran telah dibuat.

CEK

 Bagi sekolah yang membayar melalui Cek, Invois akan dikirimkan bersama pesanan.Katalaluan atau “Password” sistem akan dikirimkan melalui email atau sms sebaik sahaja pembayaran diterima.

Bagi Sekolah yang telah mempunyai PPKS & PPAKS versi lama dan ingin “UPGRADE” pada versi terbaru anda hanya perlu:

Menjelaskan Bayaran RM100.00 shj dan Kos Pembayaran Pos Percuma.  Kami akan menghantar versi terbaru ke sekolah anda.

PRODUK TERBARU

Satu produk terbaru yang dikenali dengan “SPUKS” kini telah berada di pasaran.  SPUKS atau “Sistem Pemantauan Unit-Unit Kokurikulum Sekolah” adalah satu sistem yang dibangunkan khas bagi memudahkan aktiviti kokurikulum di sekolah dipantau oleh Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum di sekolah.

Sistem ini mengeluarkan output berbentuk Sijil Pemantauan yang mengandungi GRED dan MARKAH pemantauan yang akan dikeluarkan kepada setiap unit kokurikulum yang dipantau.

Instrumen-instrumen yang digunakan untuk tujuan pemantaun adalah berdasarkan instrumen yang disarankan oleh pihak JPN dan KPM.

“KINI DI PASARAN”

 

33 responses to “PRODUK

  1. Norhaslim Yaacob

    May 6, 2010 at 2:07 pm

    Sekolah kami baru saja membeli software in Disember 2009. Bayaran upgrade sebanyak RM100 agak mahalbagi pembeli baru seperti sekolah kami kerana kami belum sempat menggunakan software ini tetapi ia sudah kurang praktikal setelah data HEM versi 4 dipakaiguna tahun ini.

     
    • DATASYS2009

      May 7, 2010 at 1:31 am

      Kehadiran smm versi 4.0 adalah diluar jangkaan kami. Lagipun smm versi 4.0 mengandungi kod-kod yang berbeza dengan smm versi 3.0. Oleh yang demikian kami terpaksa merombak keseluruhan sistem kami bagi menyesuaikan dengan smm versi 4.0. Kini sistem kami mampu mengimpot data dari smm versi 4.0

      Pengguna lama sistem kami sebenarnya boleh mengimpot data ekspot ke sistem baru kami dengan mengubah kod-kod pada fail impot excel. Pihak kami boleh membantu.

      Mengenai harga bagi kami RM100 adalah amat berpatutan memandangkan dalam versi baru kami bukan sahaja boleh menggunakan versi smm 4.0 malah kami telah menambah beberapa input baru seperti:

      1. Analisis pendaftaran koko mengikut jantina dan kaum.
      2. Analisis markah 10% koko mengikut Gred A,B,C,D dan E
      3. Sijil Markah Koko GPA/CGPA Individu mengikut tahun
      3. Daftar surat-surat masuk dan keluar.
      4. Sistem Borang M01/R01 dan M02/R02

      Tkasih

      Unexdatasys

       
  2. wen

    September 29, 2011 at 12:35 pm

    this is the 1st time i browse this site…very informative..hopefully i could suggest to the school to purchase this product

     
  3. mohd misran mohd arfan salim

    January 13, 2012 at 10:00 am

    Saya adalah seorang GPK Kokom Sek Ren di Sandakan, Sabah. Saya amat berminat dengan perisian pengurusan kokurikulum sekolah yang pihak tuan bangunkan itu. Namun memandangkan sekolah kami kecil dan peruntukan pun agak kecil, maka agak susah juga bagi kami untukmembuat tempahan perisian berkenaan meskipun ianya amat berguna kepada pengurusan kokom di sekolah. Adakah pihak tuan dapat memberikan harga promosi kepada kami agar kami dapat mempromosikan juga perisian berkenaan kepada sekolah lain di daerah ini dan negeri.

     
    • DATASYS2009

      January 13, 2012 at 1:09 pm

      Sila dapatkan komen/penjelasan kami di dalam email tuan.

       
  4. Jane

    May 17, 2012 at 4:28 pm

    1. Bolehkah sistem ini digunakan dalam platform Macintosh?

     
    • DATASYS2009

      May 18, 2012 at 12:16 am

      Sistem ini boleh digunakan sama ada pada platform Windows atau Mac. Oleh kerana ramai yang mahu menggunakannya pada persekitaran Windows maka ia dibina pada Platform tersebut. Ia boleh juga diubah kepada platform Mac atas permintaan.

       
  5. Jane

    May 18, 2012 at 2:57 am

    Sekolah saya sudah mempunyai sistem pengurusan kokurikulum tetapi tidak selengkap yang sistem anda. Bolehkah saya membeli perisian ini untuk keperluan peribadi?

     
    • DATASYS2009

      May 18, 2012 at 3:17 am

      Terima Kasih atas penghargaan anda. Anda boleh memiliki sistem ini untuk keperluan anda kerana sistem ini dilengkapi dengan katalaluan yang membolehkan anda menggunakannya.
      Harga seperti yang tertera pada laman ini. Terima Kasih

       
  6. ehsan

    September 18, 2012 at 1:48 pm

    sekolah saya berminat mendapatkan perisian ini.boleh saya dapatkan sebut harga..
    cikgu ehsan 012-4509430

     
    • DATASYS2009

      September 18, 2012 at 2:57 pm

      Sila berikan email tuan. dan nama sekolah tuan. Insyaallah saya akan emailkan sebutharga. Harga masih RM499.00 untuk ketiga-tiga sistem. Terima kasih.

       
  7. Mr Didy

    October 2, 2012 at 2:22 pm

    salam….sya GPK Kokum yang baru dilantik. Saya amat tertarik dengan sistem ini tetapi ada beberapa kemuskilan yang perlu penjelasan dari pihak tuan, iaitu
    1) Perisian ini ada menggunakan “password” atau katalaluan..so adakah penggunaan katalaluan ini hanya untuk sebuah komputer saja atau boleh juga digunakan di beberapa komputer yang lain?
    2) Adakah data yang telah dimasukkan ke dalam sistem boleh digunakan untuk beberapa tahun yang akan datang?
    3) sekiranya data pelajar tingkatan 5 tahun ini telah dimasukkan dalam sistem, bagaimana pula dengan data-data pelajar tersebut semasa di tingkatan 1,2,3 dan 4..adakah perlu dimasukkan dahulu data-data tersebut atau tak perlu untuk mendapatkan markah 10% tahun ini?
    4) Adakah perisian ini mempunyai tarikh@tahun luput penggunaannya?

     
    • DATASYS2009

      October 2, 2012 at 4:02 pm

      Terima kasih kerana berminat terhadap sistem kami.
      1. Sistem ini boleh digunakan oleh semua guru dan pada seberapa banyak komputer.
      2. Ya, data boleh di backup untuk digunakan pada tahun-tahun akan datang.
      3. Apabila anda memasukkan markah pelajar tingkatan 5, data markah ting 1,2,3 dan 4
      hanya perlu dimasukkan markah GPA dan sistem akan secara otomatik mengira markah
      CGPA untuk 5 tahun dan tuan boleh terus upload markah 10% ke laman KPM.
      Analisis gred termasuk Gred Purata sekolah dan peratus Gred purata sekolah turut
      dipaparkan.
      4. Tiada tarikh luput.
      Harap telah menjawab semua persoalan tuan, Terima kasih

       
  8. mr didy

    October 5, 2012 at 8:17 am

    salam…adakah manual cara-cara penggunaan perisian akan diberikan sekiranya kita membeli perisian ini.

     
    • DATASYS2009

      October 5, 2012 at 10:30 am

      Salam, Manual penggunaan ada dalam CD yang dibekalkan. Disamping itu, anda juga boleh download cara-cara guna dari laman web kami diruangan “Murat Turun” atau menonton video diruangan “Bantuan Teknikal. Terima kasih

       
  9. hasnizam

    October 15, 2012 at 1:48 am

    saya berminat.. tolong hantar sebutharga dan cara pembelian.. ini email saya
    hasnizam@mrsmjb.edu.my

     
    • DATASYS2009

      October 16, 2012 at 1:50 am

      Salam, Sebutharga telah saya emailkan ke email tuan.
      Terima kasih,
      Unexdatasys

       
  10. mr didy

    October 15, 2012 at 5:32 am

    salam sejahtera….saya nak bertanya…
    1. Adakah persatuan/kelab/unit beruniform/sukan permainan boleh di tambah sekiranya jenis persatuan tersebut tidak terdapat di dalam sistem ini dan bagaimanakah caranya hendak menambah nama persatuan tersebut?
    2. Adakah data dalam smm iaitu jenis kaum yang terdapat dalam perisian boleh di tambah seperti jenis kaum yang terdapat di negeri sabah dan sarawak…ini kerana data untuk kaum hanya untuk melayu, india, cina dan lain-lain sahaja yang terdapat dalam sistem ini.
    3. Bagaimanakah pengurusan, penilaian markah Kokum dan pemantauan untuk pelajar tingkatan 6? bolehkah sistem menguruskan dan sama seperti pelajar yang lain (Ting 1 -5)?

     
  11. Ibrahim Bin Mohamad

    December 25, 2012 at 6:41 am

    salam sejahtera…saya nak bertanya
    1. saya ni GPKK dah tua sekolah rendah,boleh tak saya menggunakan sistem ini?
    2. adakah kemungkinan sistem ini akan berubah dari masa kesemasa?

     
    • DATASYS2009

      December 25, 2012 at 2:00 pm

      Salam, saya pun dah tua….lagi 2 tahun nak pencen. Insyaallah jika ada
      kemahuan dan keyakinan pasti boleh.
      Sistem ini akan sentiasa dikemaskini mengikut kehendak KPM…insyaallah

       
  12. GPK KOKO St.JOSEPH

    January 20, 2013 at 5:15 am

    Saya gpk koko di JB. Berapa harga terkini perisian ini ?
    Terima kasih

     
    • DATASYS2009

      January 20, 2013 at 5:29 am

      Salam, Terima kasih kerana berminat terhadap Sistem kami. Harga masih kekal RM499.00
      walaupun terdapat upgrading yang telah dilakukan.

       
  13. hasnizam

    January 21, 2013 at 7:44 am

    saya berminat dan akan buat bayaran secara tunai. bagaimana prosesnya

     
  14. Salman Bin Amboerek

    July 8, 2013 at 2:20 pm

    Asmlkm. Melihat kepada sistem perisian tuan yang banyak memudahkan proses pengurusan kokurikulum, sekolah saya berminat membeli sistem tersebut. Jika tak keberatan tolong hantar sebutharga dan cara pembelian.Ini email saya tq : slmnae@yahoo.com.my

     
    • DATASYS2009

      July 8, 2013 at 10:57 pm

      * sebutharga boleh di download daripada web:www.ppaks.wordpress.com
      Cara untuk membuat pembelian ialah dengan 2 cara sama ada:
      1. Tunai ( Online banking ) – deposit tunai ke dalam Ak maybank no: 101011260514 (Ibrahim Jahidin)
      Sistem akan diposkan dengan Pos Ekspress bersama “katalaluan” dan resit.
      2. LO – jika dengan LO, cek atas nama “Unexdatasys”.
      Sistem akan diposkan dengan pos Ekspres tetapi “katalaluan” hanya akan diberikan
      setelah pihak kami menerima cek dari sekolah tuan/puan.
      Cara membuat tempahan.
      Sila hantarkan maklumat di bawah ke email: datasys2009@gmail.com.
      1. lencana sekolah (warna) – dalam format jpeg/png
      2. Alamat penuh sekolah.
      3. Kod Sekolah
      4. Tel/Faks.
      Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian:0197533382
      Terima kasih

       
      • Salman

        July 9, 2013 at 3:42 pm

        Terima kasih atas panduan………..

         
      • DATASYS2009

        July 9, 2013 at 4:05 pm

        Terima kasih atas sokongan anda.

         
  15. zulkiflee

    November 7, 2013 at 5:12 pm

    As salam. Minta penjelasan tuan. Adakah PPKS, PPAKS dan SPUKS tersedia dalam Versi terkini 2013 (3 in 1)?

     
    • DATASYS2009

      November 7, 2013 at 10:30 pm

      Salam, Benar tuan. Sistem ini memang 3 dalam 1 di mana di dalamnya
      terdapat sistem pengurusan (PPKS) system penilaian 10% (PPAKS) dan
      sistem pemantauan (SPUKS). Kesemuanya hanya dengan RM499.00
      Untuk tempahan hantarkan Lencana sekolah, Nama & Alamat Sekolah, Kod
      Sekolah dan tel/Fals sekolah. Bayaran boleh dengan LO atau online Banking.
      Sistem akan dihantar via Pos Ekspres dan boleh juga didownload dari internet.

      Terima kasih atas keperihatinan tuan.

      unexdatasys

       
  16. sumidi b.s

    January 24, 2014 at 1:59 pm

    salam.saya berminat dengan sistem ini.adakah software trial untuk sistem ini sebagai percubaan.saya gpk kokurikulum di sekolah rendah.Adakah sistem ini sesuai digunakan untuk peringkat sekolah rendah.Penilaian kokum di sekolah rendah bermula Tahun 4 hingga 6.

     
    • DATASYS2009

      January 24, 2014 at 4:00 pm

      Tiada sistem percubaan. Sistem ini telah digunakan oleh lebih 200 buah
      sekolah termasuk sekolah-sekolah MRSM,SBP, Sekolah Kluster dan SBT.
      Sistem mengikut format KPM termasuk untuk penilaian 10% Kokurikulum.

      Terima kasih

      Unexdatasys

       
  17. Syaharawi Ishak

    January 26, 2014 at 3:21 am

    Aplikasi ni masih dijual ke?adakah khidmat bantuan disediakan jika ada masalah menggunakan perisian ini

     
    • DATASYS2009

      January 26, 2014 at 6:36 am

      Salam, system ini masih dijual dan telah diupgrade mengikut format
      dan kehendak KPM.
      Bantuan ada dalam blog kami di http://www.ppaks.wordpress.com di bahagian
      Bantuan teknikal dan terdapat juga panduan dan manual menggunakan system.
      Tuan juga boleh terus menalipon kami di 0197533382.

      Terima kasih

      Unexdatasys

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 98 other followers

%d bloggers like this: